Assalamualaikum .
Rasanya entry kali ni melibatkan luaran rasa hati .
Aku saja tulis niat nak share untuk siapa-siapa yang sudi baca sahaja .
Sebelum spm lagi , mak selalu dah duk pesan ,
Kalau taknak menyesal di kemudian hari jangan buat kerja last minutes .
Tapi hakikatnya tulah habit aku , kalau bukan buat kerja last minutes tu bukan aku lah tu , peace .
Bila dah keluar result tu , memang tak nafikan aku menangis semahu-mahunya .
Alhamdulilah , Allah masih beri aku rezeki walau kekadang aku lalai kepadaNya .
Syukur sangat-sangat .
Walaupun xstaight A tapi 5A pun dah cukup bagi aku .
Atas semua usaha penat lelah aku selama ni , ada hasilnya juga .
Tapi yang membuatkan aku tersentap , pasai apa ada yang suka membandingkan aku .
Telinga aku masih boleh menahan kata-kata orang , alhamdulilah .
Kata-kata yang sering diucapkan :
"Eh dapat 5A ka ? lah awat takpi mana-mana?"
"Eh , masuk tingkatan 6 ? xsusah ka ?"
"Oh masuk tingkatan 6 ambik aliran agama nak pi Jordan ka?"
"Ni bakal ustazah lah ni , nakpi Jordan eh ?"
"Kita pun dapat 5A jugak tapi kita dapat masuk IPTA"
"Eh anak makcik bla bla tu dapat 3A ja tapi dapat pi matrik , awat hang xdapat ?"
"Eh anak makcik bla bla tu dapat 3A ja tapi dapat pi matrik , awat hang xdapat ?"
kata-kata macam tu makcik-makcik orang sekeliling suka cakap .
kalau jumpa sikit tanya , sampai dah xreti dah nak jawab apa .
Aku akan jawab ayat yang sama ja .
"Rezeki kita lain-lain , InsyaAllah rezeki aku akan ade juga suatu hari nanti ."
kadang-kadang stress jugak , nangis sorang-sorang dalam bilik .
selalu cakap kat mak , mak pun selalu cakap ,
"Takpa , buktikan , suatu hari nanti semua orang akan terkejut , belajarlah selagi ada peluang ,
peluang takkan datang banyak kali . "
Alhamdulilah , walaupun banyak tekanan , aku masih lagi boleh bertahan .
~ THANKS FOR READING ~
Tweet
No comments:
Post a Comment